Tidak ada penularan penyakit

TEKS BAHASA ARAB

لا عدوى، ولا طيرة، ولا هامة. فقام إليه رجل فقال: يا رسول الله! أرأيت البعير يكون به الجرب فتجرب الإبل؟! قال: ذلك القدر، فمن أجرب الأول؟!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

((Tidak ada penularan penyakit (sebagaimana yang difahami orang Jahiliah bahawa penyakit menular sendiri tanpa campur tangan Allah), tidak ada ramalan sial, tidak ada burung hantu (yang tahu hal kematian).)) Lalu seorang lelaki pun berdiri dan berkata: “Wahai Rasulullah, Adakah engkau berpandangan seekor unta yang ada kurap (dalam sekawanan unta yang banyak), lalu unta yang banyak itu akan berjangkit sama?". Baginda pun menjawab: ((Itulah ketentuan Allah, justeru siapakah yang menjangkiti unta yang pertama tersebut?)).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1181, hadis nombor 5985. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((لا عدوى، ولا طيرة، ولا هامة)). فقام إليه رجل فقال: يا رسول الله! أرأيت البعير يكون به الجرب فتجرب الإبل؟! قال: ((ذلك القدر، فمن أجرب الأول؟!)). [ه، حم، ((الضعيفة)) (4808)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ada penularan penyakit (sebagaimana yang difahami orang Jahiliah bahawa penyakit menular sendiri tanpa campur tangan Allah), tidak ada ramalan sial, tidak ada burung hantu (yang tahu hal kematian).)) Lalu seorang lelaki pun berdiri dan berkata: “Wahai Rasulullah, Adakah engkau berpandangan seekor unta yang ada kurap (dalam sekawanan unta yang banyak), lalu unta yang banyak itu akan berjangkit sama?". Baginda pun menjawab: ((Itulah ketentuan Allah, justeru siapakah yang menjangkiti unta yang pertama tersebut?)). [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, dan Imam Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4808]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs