Tidak ada seorang dari para sahabatku yang meninggal dunia di satu kawasan melainkan dia akan dibangkitkan

TEKS BAHASA ARAB

ما من أحد من أصحابي يموت بأرض إلا بعث قائدا يعني لأهلها ونورا يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang dari para sahabatku yang meninggal dunia di satu kawasan melainkan dia akan dibangkitkan sebagai pemimpin untuk penduduknya dan menjadi cahaya bagi mereka pada hari kiamat

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 92. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْمَقَاصِد «مَا مِنْ أَحَدٍ مِنْ أَصْحَابِي يَمُوتُ بِأَرْضٍ إِلا بُعِثَ قَائِدًا يَعْنِي لأَهْلِهَا وَنُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ» لِلتِّرْمِذِي رَفعه.

Dalam kitab al-Maqasid: “Tidak ada seorang dari para sahabatku yang meninggal dunia di satu kawasan melainkan dia akan dibangkitkan sebagai pemimpin untuk penduduknya dan menjadi cahaya bagi mereka pada hari kiamat.”. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi secara marfu’.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs