Tidak akan kekal dalam hati seseorang iman sebesar zarah pada hari Arafah

TEKS BAHASA ARAB

لا يبقى أحد يوم عرفة في قلبه مثقال ذرة من إيمان إلا غفر له. فقال رجل: ألأهل معرف يا رسول الله! أم للناس عامة؟ فقال: بل للناس عامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan kekal dalam hati seseorang iman sebesar zarah pada hari Arafah melainkan dia akan diampunkan dengan sebab iman tersebut. Lantas seorang lelaki bertanya: Adakah (ganjaran tersebut) untuk mereka yang berada Arafah wahai Rasulullah ataupun untuk manusia keseluruhannya? Baginda menjawab: Bahkan, untuk manusia keseluruhannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2062, hadis nombor 10361. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما-، قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: لا يبقى أحد يوم عرفة في قلبه مثقال ذرة من إيمان إلا غفر له. فقال رجل: ألأهل معرف يا رسول الله! أم للناس عامة؟ فقال: بل للناس عامة.
[عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (6048)]

(Palsu)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, beliau berkata: Saya mendengar Nabi SAW bersabda: Tidak akan kekal dalam hati seseorang iman sebesar zarah pada hari Arafah melainkan dia akan diampunkan dengan sebab iman tersebut. Lantas seorang lelaki bertanya: Adakah (ganjaran tersebut) untuk mereka yang berada Arafah wahai Rasulullah ataupun untuk manusia keseluruhannya? Baginda menjawab: Bahkan, untuk manusia keseluruhannya.
[Riwayat ‘Abd bin Ḥumaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6048]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs