Tidak boleh dikenakan bayaran zakat dan cukai kharaj terhadap seorang muslim pada tanah miliknya

TEKS BAHASA ARAB

” لا يجتمع العشر والخراج على مسلم في أرضه “.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak boleh dikenakan bayaran zakat dan cukai kharaj terhadap seseorang Muslim pada tanah miliknya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 129-130, hadis nombor 169. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَهَذَا مَذْهَبُ الْحَنَفِيَّةِ، فَلا زَكَاةَ عِنْدَهُمْ فِي الْخَارِجِ مِنَ الأَرْضِ الْخَرَاجِيَّةِ “. قَالَ ابْنُ حِبَّانَ: لَيْسَ هَذَا الْحَدِيثُ مِنْ كَلامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَرَاوِيهِ يَحْيَى بْنُ عَنْبَسَةَ دَجَّالٌ يَضَعُ الْحَدِيثَ.

Ini adalah sepertimana yang dilakukan dalam kalangan mazhab Hanafi, tidak ada zakat di sisi mereka ke atas pemilik tanah kharaj. Ibnu Hibban telah berkata: Ini bukanlah satu hadis yang datang daripada kalam baginda Rasulullah sallallahhu ‘alaihi wasallam. Dan perawinya iaitu Yahya bin ‘Anbasah adalah dajjal (pemalsu hadis) dan dia mereka cipta hadis.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs