Tidak mengapa jika kamu mengambil dengan nilai hari itu selagi mana kamu berdua belum berpisah

TEKS BAHASA ARAB

لا بأس إذا أخذتها بسعر يومها، ما لم تفترقا وبينكما شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak mengapa jika kamu mengambil dengan nilai hari itu selagi mana kamu berdua belum berpisah dan ada sesuatu antara kamu berdua.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 31, hadis nombor 141. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف مرفوعاً.
أخرجه أبو داود (3354، 3355) والنسائي (7/281، 282، 283) والترمذي (1242) وابن ماجه (2262) والدرامي (2/ 174) وأحمد (2/ 33، 83- 84، 139) والطيالسي (1868) وابن الجارود في المنتقى (655) وابن حبان (1128) والطحاوي في المشكل (2/ 96) والدارقطني (3/ 23- 24) والحاكم (2/ 44) والبيهقي (5/ 284، 315) من طرق عن حماد بن سلمة، عن سماك بن حرب عن سعيد بن جبير عن ابن عمر رضي الله عنهما قال كنت أبيع الإبل بالبقيع، فأبيع الدنانير وآخذ الدراهم وأبيع بالدراهم وآخذ الدنانير. قال: فأتيت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وهو في بيت حفصة رضي الله عنها، فقلت: يا رسول الله رويدك أسالك إني أبيع الإبل بالبقيع، فأبيع بالدنانير وآخذ الدراهم وأبيع الدراهم وآخذ الدنانير. فقال: لا بأس…الحديث. قال الحاكم: صحيح على شرط مسلم ووافقه الذهبي.
قلت: جرى الحاكم وتبعه الذهبي على ظاهر السند، مع أن للحديث علة، أفصح عنها الترمذي بقوله: هذا حديث غريب لا نعرفه مرفوعاً إلا من حديث سماك بن حرب عن سعيد بن جبير عن ابن عمر. وروى داود بن أبي هند هذا الحديث عن سعيد بن جبير، عن ابن عمر موقوفاً. أهـ‍. وقال البيهقي: تفرد به سماك بن حرب عن سعيد بن جبير من أصحاب ابن عمر.
قلت: يعني برفعه، وسماك كان يقبل التلقين وخالفه داود بن أبي هند. وهو أوثق منه فأوفقه على ابن عمر. قال الحافظ في التلخيص (3/ 26) : روى البيهقي من طريق داود الطيالسي. قال: سئل شعبة عن حديث سماك هذا. فقال شعبة: سمعت أيوب عن نافع عن ابن عمر ولم يرفعه. ونا قتادة عن سعيد بن المسيب عن ابن عمر ولم يرفعه. ونا يحيى بن أبي إسحق عن سالم، عن ابن عمر ولم يرفعه، ورفعه لنا سماك بن حرب، وأنا أفرقه. أهـ‍. فهذا يدل دلالة قاطعة على ضعف رواية الرفع. والله أعلم.

Dha’if secara marfu’. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (3354, 3355), al-Nasa’ei (7/281, 282, 283), al-Tirmizi (1242), Ibn Majah (2262), al-Darimi (2/174), Ahmad (2/33, 83-84, 139), al-Tayalisi (1868), Ibn al-Jarud dalam al-Muntaqa (655), Ibn Hibban (1128), al-Tahawi dalam al-Mushkil (2/96), al-Daraqutni (3/23-24), al-Hakim (2/44) dan al-Baihaqi (5/284, 315) melalui sanad daripada Hammad bin Salamah daripada Simak bin Harb daripada Sa’id bin Jubair daripada Ibn ‘Umar RA, katanya: "Aku pernah menjual seekor unta di Baqi’, lalu aku menjualnya dengan dinar dan aku mengambil dirham, aku menjual dengan dirham dan mengambil dinar." ‘Umar berkata: "Aku pun mendatangi Rasulullah SAW ketika Baginda SAW berada di rumah Hafsah RA., aku pun berkata: Wahai Rasulullah! Sekejap, saya ingin bertanya anda! Sesungguhnya saya telah menjual seekor unta di Baqi’, saya menjualnya dengan dinar dan mengambil dirham dan menjual dengan dirham dan mengambil dinar". Lalu Baginda SAW bersabda: "Tidak mengapa…". Al-Hakim berkata: "Sahih berdasarkan syarat Muslim", dipersetujui juga oleh al-Zahabi.
Saya berkata: al-Hakim dan diikuti oleh al-Zahabi telah berpandukan kepada zahir sanad tersebut. Sedangkan hadith tersebut ada satu kecacatan, al-Tirmizi telah memperjelaskan tentangnya melalui kata-kata beliau: "Ini adalah hadith yang gharib, tidak kami ketahuinya secara marfu’ melainkan melalui hadith Simak bin Harb daripada Sa’id bin Jubair daripada Ibn ‘Umar. Daud bin Abi Hindi turut meriwayatkan hadith ini daripada Sa’id bin Jubair daripada Ibn ‘Umar secara mawquf". Al-Baihaqi berkata: "Simak bin Harb bersendirian meriwayatkannya daripada Sa’id bin Jubair dalam kalangan murid-murid Ibn ‘Umar".
Saya berkata: maksudnya meriwayatkannya secara marfu’. Simak selalu menerima talqin. Daud bin Abi Hindi telah meriwayatkan bercanggah dengan Simak. Daud lebih thiqah berbanding Simak, Daud telah meriwayatkannya secara mawquf kepada Ibn ‘Umar. Al-Hafiz berkata dalam al-Talkhis (3/26): "al-Baihaqi telah meriwayatkannya melalui sanad Daud al-Tayalisi, katanya: Syu’bah telah ditanya berkenaan hadith Simak ini, lalu jawab Syu’bah: "Aku pernah mendengar Ayyub meriwayatkan daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar namun beliau tidak meriwayatkannya secara marfu’. Qatadah juga telah menceritakan kepada kami daripada Sa’id bin al-Musayyab daripada Ibn ‘Umar, namun beliau tidak meriwayatkannya secara marfu’. Yahya bin Abi Ishaq juga telah menceritakan kepada kami daripada Salim daripada Ibn ‘Umar, namun beliau tidak meriwayatkannya secara marfu’. Simak bin Harb telah meriwayatkannya secara marfu’ kepada kami dan aku tidak sependapat dengannya".
Ini menjadi bukti yang kukuh bahawa riwayat secara marfu’ adalah dha’if. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs