Tidak mengapa menyentuh bangkai apabila ia telah disamak

TEKS BAHASA ARAB

لا بأس بمسك الميتة إذا دبغ، ولا بأس بصوفها وشعرها وقرونها إذا غسل بالماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak mengapa menyentuh bangkai apabila ia telah disamak. Tidak mengapa juga dengan bulu biri-birinya, bulunya dan tanduknya apabila ia telah dibasuh dengan air.

STATUS

Lemah dengan selengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 414-415, hadis nombor 2231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التمام) عن أم سلمة زوج النبي ﷺ – رضي الله عنها – تقول: سمعت رسول الله ﷺ يقول: «لا بأس بمسك الميتة إذا دبغ، ولا بأس بصوفها وشعرها وقرونها إذا غسل بالماء». [قط، هق، «الضعيفة» (4848)].

(Lemah Dengan Selengkap Ini) Daripada Ummu Salamah RA isteri Nabi ﷺ RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak mengapa menyentuh bangkai apabila ia telah disamak. Tidak mengapa juga dengan bulu biri-birinya, bulunya dan tanduknya apabila ia telah dibasuh dengan air". [Riwayat al-Dāraquṭnī dalam Sunannya dan al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4848].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs