Tidaklah aku takutkan berlaku kepada umatku melainkan tiga perkara

TEKS BAHASA ARAB

لا أخاف على أمتى إلا ثلاث خلال: أن يكثر لهم من المال فيتحاسدوا فيقتتلوا، وأن يفتح لهم الكتاب؛ يأخذه المؤمن يبتغى تأويله: {وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون فى العلم يقولون آمنا به كل من عند ربنا وما يذكر إلا أولوا الألباب}، وأن يروا ذا علمهم فيضيعوه، ولا يبالون عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah aku takutkan berlaku kepada umatku melainkan tiga perkara: harta mereka menjadi banyak lalu mereka saling dengki dan berbunuhan; dan dibukakan kepada mereka al-Quran, (lalu) seorang mukmin mengambilnya dan mencari-cari takwilannya: "Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran"; dan mereka melihat ilmuwan daripada kalangan mereka, lalu mereka mengabaikannya dan tidak mempedulikannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 229, hadis nombor 1215. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن أبي مالك الأشعري – رضي الله عنه -، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «لا أخافُ على أُمَّتي إلا ثلاثَ خلالٍ: أن يكثُرَ لهم من المالِ فيتحاسدوا فيقتَتِلُوا، وأن يُفتحَ لهم الكتابُ؛ يأخذُه المؤمنُ يبتغي تأويلَه: {وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ والرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنا وما يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُوا الْأَلْبابِ}، وأن يرَوْا ذا علمِهم فيُضيِّعُوه، ولا يُبالونَ عليهِ». [طب، وفي «مسند الشاميين»، «الضعيفة» (5607)].

(Lemah) Daripada Abu Malik al-Ash‘ari RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidaklah aku takutkan berlaku kepada umatku melainkan tiga perkara: harta mereka menjadi banyak lalu mereka saling dengki dan berbunuhan; dan dibukakan kepada mereka al-Quran, (lalu) seorang mukmin mengambilnya dan mencari-cari takwilannya: "Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran"; dan mereka melihat ilmuwan daripada kalangan mereka, lalu mereka mengabaikannya dan tidak mempedulikannya".
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 5607].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs