Tidak ada seseorang itu berdoa kepada Allah dengan satu doa, melainkan dimakbulkan oleh Allah

TEKS BAHASA ARAB

ما من رجل يدعو الله بدعاء، إلا استجيب له، فإما أن يعجل له في الدنيا، وإما أن يدخر له في الآخرة، وإما أن يكفر عنه من ذنوبه بقدر ما دعا، ما لم يدع بإثم أو قطيعة رحم أو يستعجل. قالوا: يا رسول الله وكيف يستعجل؟ قال: يقول: دعوت ربي فما استجاب لي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seseorang itu berdoa kepada Allah dengan satu doa, melainkan dimakbulkan oleh Allah, sama ada Allah akan menyegerakan doanya di dunia atau Allah akan menangguhkannya di akhirat kelak, ataupun dicuci bagi seseorang itu dosa-dosanya sekadar dengan doanya selagi mana dia tidak berdoa dengan dosa atau memutuskan silaturrahim atau dia terburu-buru. Mereka berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana terburu-buru itu? Jawab Rasulullah: Dia berkata: Aku berdoa kepada Tuhanku tetapi Dia tidak memustajabkan doaku.

STATUS

Lemah dalam konteks

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2027, hadis nombor 10197. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا السياق)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ما من رجل يدعو الله بدعاء، إلا استجيب له، فإما أن يعجل له في الدنيا، وإما أن يدخر له في الآخرة، وإما أن يكفر عنه من ذنوبه بقدر ما دعا، ما لم يدع بإثم أو قطيعة رحم أو يستعجل. قالوا: يا رسول الله و كيف يستعجل؟ قال: يقول: دعوت ربي فما استجاب لي.
[ت، ((الضعيفة)) (4483)]

(Lemah dalam konteks)
Daripada Abu Hurairah RA, berkata: Rasulullah SAW berkata: Tidak ada seseorang itu berdoa kepada Allah dengan satu doa, melainkan dimakbulkan oleh Allah, sama ada Allah akan menyegerakan doanya di dunia atau Allah akan menangguhkannya di akhirat kelak, ataupun dicuci bagi seseorang itu dosa-dosanya sekadar dengan doanya selagi mana dia tidak berdoa dengan dosa atau memutuskan silaturrahim atau dia terburu-buru. Mereka berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana terburu-buru itu? Jawab Rasulullah: Dia berkata: Aku berdoa kepada Tuhanku tetapi Dia tidak memustajabkan doaku.
[Riwayat Sunan Tirmidzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4483]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs