Tidaklah seseorang dilahirkan di dalam keluarganya dengan menjadi seorang hamba

TEKS BAHASA ARAB

ما ولد في أهل بيت غلام، إلا أصبح فيهم عز لم يكن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang dilahirkan di dalam keluarganya dengan menjadi seorang hamba, melainkan dijadikan pada dirinya suatu kemuliaan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 928, hadis nombor 4770. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ما ولد في أهل بيت غلام، إلا أصبح فيهم عز لم يكن)).
[أبو الشيخ في ((التاريخ))، ابن الأعرابي، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2423)].

(Munkar)
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah seseorang dilahirkan di dalam keluarganya dengan menjadi seorang hamba, melainkan dijadikan pada dirinya suatu kemuliaan.
[Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Tarikh, Ibnu al-‘Arabi, dan Abu Naim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2423].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs