Tidaklah seseorang itu memuliakan wanita kecuali dia juga mulia

TEKS BAHASA ARAB

ما أكرم النساء إلا كريم، ولا أهانهن إلا لئيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang itu memuliakan wanita kecuali dia juga mulia, dan tidaklah sesorang itu menghina wanita kecuali dia ialah seorang yang hina.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 916, hadis nombor 4695. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما أكرم النساء إلا كريم، ولا أهانهن إلا لئيم)).
[الحسيني في ((الفوائد المنتخبة))، ابن عساكر، وعنه ابن أخيه أبو منصور ابن عساكر في ((الأربعين في مناقب أمهات المؤمنين))، ((الضعيفة)) (845)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah seseorang itu memuliakan wanita kecuali dia juga mulia, dan tidaklah sesorang itu menghina wanita kecuali dia ialah seorang yang hina.
[Riwayat al-Husaini dalam al-Fawaid al-Muntakhabah, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq, dan anak saudaranya Abu Mansur Ibn ‘Asakir dalam al-Arba’un fi Manaqib Ummahat al-Mukminin. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 845].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs