Tidur dalam keadaan berilmu adalah lebih baik

TEKS BAHASA ARAB

حديث: نوم على علم خير من صلاة على جهل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidur dalam keadaan berilmu adalah lebih baik berbanding solat dalam kejahilan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 211, hadis nombor 669. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: نوم الْعَالم عبَادَة. قَالَ عَليّ قاري: لَا أصل لَهُ فِي الْمَرْفُوع هَكَذَا لَكِن روى أَبُو نعيم فِي الْحِلْية عَن سُلَيْمَان: نوم على علم خير من صَلَاة على جهل.

Hadith: “Tidur orang alim adalah ibadah”.
Ali Qari berkata: Tiada asalnya dalam hadith marfu‘ sebegini, akan tetapi diriwayatkan oleh Abu Nu‘aim dalam Hilyah daripada Sulaiman: “Tidur dalam keadaan berilmu adalah lebih baik berbanding solat dalam kejahilan”.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs