Tiga daripada bentuk kenikmatan dunia

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من نعيم الدنيا – وإن كان لا نعيم لها – مركب وطيء والمرأة الصالحة والمنزل الواسع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga daripada bentuk kenikmatan dunia – meskipun dunia tiada kenikmatan baginya –: kenderaan yang selesa, wanita yang solehah dan rumah yang luas.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2070, hadis nombor 10397. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن معاوية بن قرة، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ثلاث من نعيم الدنيا – وإن كان لا نعيم لها – مركب وطيء والمرأة الصالحة والمنزل الواسع.
[ابن أبي شيبة في ((مسنده))، ابن حجر في ((المطالب العالية))، ((الضعيفة)) (7162)]

(Lemah)
Daripada Mu‘āwiyah bin Qurrah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiga daripada bentuk kenikmatan dunia – meskipun dunia tiada kenikmatan baginya – : kenderaan yang selesa, wanita yang solehah dan rumah yang luas.
[Riwayat Ibn Abu Syaibah dalam Musnadnya dan Ibn Ḥajar dalam al-Maṭālib al-‘Āliyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7162]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs