Tiga golongan yang tidak diterima penyaksian mereka bahawa tiada tuhan selain Allah

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة لا تقبل لهم شهادة أن لا إله إلا الله: الراكب والمركوب، والراكبة والمركوبة، والإمام الجائر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang tidak diterima penyaksian mereka bahawa tiada tuhan selain Allah, iaitu: Penunggang lelaki dan lelaki yang ditunggang (pelaku homoseksual), penunggang perempuan dan perempuan yang ditunggang (pelaku lesbian) serta pemimpin yang zalim.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 801, hadis nombor 4131. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ثلاثة لا تقبل لهم شهادة أن لا إله إلا الله: الراكب والمركوب، والراكبة والمركوبة، والإمام الجائر)). [طس، ((الضعيفة)) (5363، 6659)]

(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiga golongan yang tidak diterima penyaksian mereka bahawa tiada tuhan selain Allah, iaitu: Penunggang lelaki dan lelaki yang ditunggang (pelaku homoseksual), penunggang perempuan dan perempuan yang ditunggang (pelaku lesbian) serta pemimpin yang zalim. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5363, 6659]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs