Tiga perkara adalah asal setiap dosa

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث هن أصل كل خطيئة فاتقوهن ، وثلاث إذا ذكرن فأمسكوا : إياكم والكبر فإن إبليس إنما منعه الكبر أن يسجد لآدم . وإياكم والحرص فإن آدم إنما حمله الحرص على أكل الشجرة . وإياكم والحسد فإن ابني آدم إنما قتل أحدهما صاحبه حسدا . فهن أصل كل خطيئة فاتقوهن واحذروهن . والثلاث إذا ذكر القدر فأمسكوا ، وإذا ذكر النجوم فأمسكوا وإذا ذكر أصحابي فأمسكوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara adalah asal setiap dosa, maka jauhilah ia. Dan tiga perkara yang apabila disebutkan, maka kalian tahanlah diri. Berwaspadalah kalian dengan sifat takbur; kerana sesungguhnya iblis dihalang oleh sifat takburnya agar dia sujud kepada Adam. Dan berwaspadalah kalian dengan semangat mahukan dunia; kerana sesungguhnya Adam, bersemangat itulah yang menyebabkan dia makan pohon itu. Dan berwaspadalah kalian dengan sifat hasad dengki; kerana sesungguhnya dua orang anak Adam, pembunuhan seorang daripada mereka berdua itu kerana hasad dengki. Maka itulah asal setiap dosa. Maka takutlah dan hati-hatilah. Dan tiga perkara lagi: Apabila disebut tentang takdir; maka kalian tahanlah diri. Dan apabila disebut tentang bintang, maka kalian tahanlah diri. Dan apabila disebut tentang para sahabatku, maka kalian tahanlah diri.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 560, hadis nombor 2910. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن مسعود – رضي الله عنه – قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((ثلاث هن أصل كل خطيئة؛ فاتقوهن. وثلاث إذا ذكرن؛ فأمسكوا: إياكم والكبر؛ فإن إبليس إنما منعه الكبر أن يسجد لآدم. وإياكم والحرص؛ فإن آدم إنما حمله الحرص على أكل شجرة. وإياكم والحسد؛ فإن ابني آدم إنما قتل أحدهما صاحبه حسدا؛ فهن أصل كل خطيئة، فاتقوهن واحذروهن. والثلاث: إذا ذكر القدر؛ فأمسكوا، وإذا ذكر النجوم؛ فأمسكوا، وإذا ذكر أصحابي؛ فأمسكوا)).
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6669)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Mas’ud RA, beliau berkata: Baginda SAW berkata: “Tiga perkara adalah asal setiap dosa, maka jauhilah ia. Dan tiga perkara yang apabila disebutkan, maka kalian tahanlah diri. Berwaspadalah kalian dengan sifat takbur; kerana sesungguhnya iblis dihalang oleh sifat takburnya agar dia sujud kepada Adam. Dan berwaspadalah kalian dengan semangat mahukan dunia; kerana sesungguhnya Adam, bersemangat itulah yang menyebabkan dia makan pohon itu. Dan berwaspadalah kalian dengan sifat hasad dengki; kerana sesungguhnya dua orang anak Adam, pembunuhan seorang daripada mereka berdua itu kerana hasad dengki. Maka itulah asal setiap dosa. Maka takutlah dan hati-hatilah. Dan tiga perkara lagi: Apabila disebut tentang takdir; maka kalian tahanlah diri. Dan apabila disebut tentang bintang, maka kalian tahanlah diri. Dan apabila disebut tentang para sahabatku, maka kalian tahanlah diri.
[Riwayat al-Asbahani dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6669]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs