Tinggalkanlah dia kerana sesungguhnya dia merupakan wanita yang keras (degil)

TEKS BAHASA ARAB

دعوها فإنها جبارة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tinggalkanlah dia kerana sesungguhnya dia merupakan wanita yang keras (degil).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 233, hadis nombor 1234. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: مر رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في طريق؛ ومرت امرأة سوداء، فقال لها رجل: الطريق، فقالت: الطريق ثم! فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((دعوها فإنها جبارة)). [ع، عد، طس، حل، ((الضعيفة)) (6101)]

(Lemah)
Daripada Anas RA beliau berkata: Rasulullah SAW lalu di suatu jalan dan dalam masa yang sama seorang perempuan berkulit hitam juga melalui kawasan tersebut. Seorang lelaki berkata kepadanya: Sila beri laluan (kepada Rasulullah). Kemudian perempuan itu berkata: Laluan di sana! Maka Nabi SAW berkata: Tinggalkanlah dia kerana sesungguhnya dia merupakan wanita yang keras (degil).
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, dan Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6101]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs