Tujuh golongan yang dinaungi oleh arasy Allah SWT di padang mahsyar

TEKS BAHASA ARAB

سبعة يظلهم الله تحت ظله يوم لا ظل إلا ظله: إمام مقسط، ورجل لقيته امرأة ذات جمال ومنصب، فعرضت نفسها عليه، فقال: إني أخاف الله رب العالمين، ورجل قلبه متعلق بالمساجد، ورجل تعلم القرآن في صغره؛ فهو يتلوه في كبره، ورجل تصدق بصدقة بيمينه فأخفاها عن شماله، ورجل ذكر الله في برية ففاضت عيناه، خشية من الله عز وجل، ورجل لقي رجلا فقال: إني أحبك في الله. فقال له الرجل: وأنا أحبك في الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tujuh golongan yang Allah SWT naungi mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya: Imam yang adil; seorang lelaki yang bertemu dengan seorang perempuan cantik dan mempunyai kedudukan, lalu wanita itu menyerahkan dirinya kepadanya. Maka lelaki itu berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam; seorang lelaki yang jiwanya terikat dengan masjid; seorang lelaki yang mempelajari al-Quran semasa kecilnya dan dia membacanya pada hari tuanya; seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu dia menyembunyikannya daripada tangan kirinya; seorang lelaki yang mengingati Allah SWT ketika bersendirian lalu berlinangan air matanya kerana takutkan Allah Azzawajalla; dan seorang lelaki yang bertemu dengan lelaki yang lain lalu berkata: “Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah.” Dan lelaki itu membalas: “Dan aku juga mencintaimu kerana Allah SWT”.

STATUS

Munkar dengan riwayat ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 111, hadis nombor 575. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: سبعة يظلهم الله تحت ظله يوم لا ظل إلا ظله: إمام مقسط، ورجل لقيته امرأة ذات جمال ومنصب، فعرضت نفسها عليه، فقال: إني أخاف الله رب العالمين، ورجل قلبه متعلق بالمساجد، ورجل تعلم القرآن في صغره؛ فهو يتلوه في كبره، ورجل تصدق بصدقة بيمينه فأخفاها عن شماله، ورجل ذكر الله في برية ففاضت عيناه، خشية من الله عز وجل، ورجل لقي رجلا فقال: إني أحبك في الله. فقال له الرجل: وأنا أحبك في الله.
[هب، ((الضعيفة)) (5824)]

(Munkar dengan riwayat ini)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tujuh golongan yang Allah SWT naungi mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya: Imam yang adil; seorang lelaki yang bertemu dengan seorang perempuan cantik dan mempunyai kedudukan, lalu wanita itu menyerahkan dirinya kepadanya. Maka lelaki itu berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam; seorang lelaki yang jiwanya terikat dengan masjid; seorang lelaki yang mempelajari al-Quran semasa kecilnya dan dia membacanya pada hari tuanya; seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu dia menyembunyikannya daripada tangan kirinya; seorang lelaki yang mengingati Allah SWT ketika bersendirian lalu berlinangan air matanya kerana takutkan Allah Azzawajalla; dan seorang lelaki yang bertemu dengan lelaki yang lain lalu berkata: “Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah.” Dan lelaki itu membalas: “Dan aku juga mencintaimu kerana Allah SWT”.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5824]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs