Tundukkan pandangan kamu semasa bersujud

TEKS BAHASA ARAB

ضع بصرك حيث تسجد. قال: إن هذا لشديد، وإني أخشى أن أنظر كذا وكذا، قال: ففي المكتوبة إذا يا أنس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tundukkan pandangan kamu semasa bersujud (wahai Anas). Beliau berkata: Ini suatu perkara yang sukar kerana aku takut sekiranya aku melihat kepada itu dan ini. Maka baginda berkata: Jika begitu, (tunduklah pandangan kamu) semasa solat fardhu sahaja wahai Anas.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 276, hadis nombor 1436. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((يا أنس ضع بصرك حيث تسجد. قال: إن هذا لشديد، وإني أخشى أن أنظر كذا وكذا، قال: ففي المكتوبة إذاً يا أنس)).
[هق، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (‌‌3092)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik ―raḍiyallāhu ‘anhu― beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Tundukkan pandangan kamu semasa bersujud (wahai Anas). Beliau berkata: Ini suatu perkara yang sukar kerana aku takut sekiranya aku melihat kepada itu dan ini. Maka baginda berkata: Jika begitu, (tunduklah pandangan kamu) semasa solat fardhu sahaja wahai Anas.
[Riwayat Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi, Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3092]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs