Ucapkanlah apabila kamu berada pada waktu pagi: Dengan nama Allah untuk diriku, keluargaku dan ahli keluargaku

TEKS BAHASA ARAB

أن رجلا شكا إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أنه يصيبه الآفات، فقال له رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((قل إذا أصبحت: باسم الله على نفسي وأهلي ومالي؛ فإنه لا يذهب لك شيء)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki telah mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa beliau ditimpa oleh masalah, lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Ucapkanlah apabila kamu berada pada waktu pagi: "Dengan nama Allah untuk diriku, keluargaku dan ahli keluargaku", kerana tidak akan hilang (setelah itu) sesuatu pun (yang bermanfaat) untuk kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1476, hadis nombor 7523. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -: أن رجلا شكا إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أنه يصيبه الآفات، فقال له رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((قل إذا أصبحت: باسم الله على نفسي وأهلي ومالي؛ فإنه لا يذهب لك شيء)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (4059)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa seorang lelaki telah mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa beliau ditimpa oleh masalah, lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Ucapkanlah apabila kamu berada pada waktu pagi: "Dengan nama Allah untuk diriku, keluargaku dan ahli keluargaku", kerana tidak akan hilang (setelah itu) sesuatu pun (yang bermanfaat) untuk kamu.
[Riwayat Ibn al-Sunni. LIhat Silsilah al-Da'ifah, no. 4059]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs