Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu jiwa yang tenang denganMu

TEKS BAHASA ARAB

قل: اللهم إني أسألك نفسا بك مطمئنة، تؤمن بلقائك، وترضى بقضائك، وتقنع بعطائك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu jiwa yang tenang dengan-Mu, jiwa yang yakin pertemuan dengan-Mu dan jiwa yang reda dengan ketentuan-Mu serta jiwa yang merasa cukup dengan pemberian-Mu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1476, hadis nombor 7524. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((قل: اللهم إني أسألك نفسا بك مطمئنة، تؤمن بلقائك، وترضى بقضائك، وتقنع بعطائك)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4060)]

(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu jiwa yang tenang dengan-Mu, jiwa yang yakin pertemuan dengan-Mu dan jiwa yang reda dengan ketentuan-Mu serta jiwa yang merasa cukup dengan pemberian-Mu.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4060]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs