Uhud, sebuah bukit yang mencintai kita dan kita turut mencintainya

TEKS BAHASA ARAB

أحد هذا جبل يحبنا ونحبه، إنه على باب من أبواب الجنة، وهذا عير جبل يبغضنا ونبغضه، إنه على باب من أبواب النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Uhud, sebuah bukit yang mencintai kita dan kita turut mencintainya. Sesungguhnya ia merupakan pintu dari pintu-pintu syurga. ‘Dan Ayr pula ,bukit ini membenci kita dan kita turut membencinya. Sesungguhnya ia pintu dari pintu-pintu neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1801, hadis nombor 9076. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي عباس الحارثي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أحد هذا جبل يحبنا ونحبه، إنه على باب من أبواب الجنة، وهذا عير جبل يبغضنا ونبغضه، إنه على باب من أبواب النار)). [طس، ابن بشران، ((الضعيفة)) (1618)]

(Lemah) Daripada Abu ‘Abbas al-Harithi RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Uhud, sebuah bukit yang mencintai kita dan kita turut mencintainya. Sesungguhnya ia merupakan pintu dari pintu-pintu syurga. ‘Dan Ayr pula ,bukit ini membenci kita dan kita turut membencinya. Sesungguhnya ia pintu dari pintu-pintu neraka." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Ibn Bisyran. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1618]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs