Umatku akan memasuki syurga dalam keadaan bercampur golongan tua dan muda

TEKS BAHASA ARAB

دخلت أمة الجنة بقضها وقضيضها؛ كانوا لا يكتوون، ولا يسترقون، وعلى ربهم يتوكلون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umatku akan memasuki syurga dalam keadaan bercampur golongan tua dan muda, mereka itu ketika di dunia tidak berubat dengan al-Kai (selaran besi panas), tidak meminta diruqyahkan, dan kepada Allah SWT mereka bertawakkal.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 486, hadis nombor 2614. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة –رضي الله عنه- مرفوعا: ((دخلت أمة الجنة بقضها وقضيضها؛ كانوا لا يكتوون، ولا يسترقون، وعلى ربهم يتوكلون)). [ابن الأعرابي، حب، تمام، ((الضعيفة)) (4613)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Umatku akan memasuki syurga dalam keadaan bercampur golongan tua dan muda, mereka itu ketika di dunia tidak berubat dengan al-Kai (selaran besi panas), tidak meminta diruqyahkan, dan kepada Allah SWT mereka bertawakkal.
[Riwayat Ibn al-A'rabi, Sahih Ibn Hibban, dan Tammam. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4613]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs