Wahai Abd al-Rahman! Kamu adalah dalam kalangan orang kaya

TEKS BAHASA ARAB

يا عبد الرحمن! إنك من الأغنياء، ولن تدخل الجنة إلا زحفا، فأقرض الله يطلق قدمك. فقال عبد الرحمن: ما الذي أقرض أو أخرج؟ وفي رواية: وما الذي أقرض الله يا رسول الله؟ قال: تبدأ بما أمسيت فيه. قال: أمن كله أجمع يا رسول الله؟ قال: نعم، وخرج عبد الرحمن وهو يهم بذلك، فبعث إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إن جبريل قال: مر عبد الرحمن فليضف الضيف وليطعم المسكين وليعط السائل ويبدأ بمن يعول فإن ذلك يجزيه من كثير مما هو فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abd al-Rahman! Kamu adalah dalam kalangan orang kaya. Kamu tidak akan masuk ke syurga melainkan dengan cara merangkak. Berikan pinjaman kepada Allah, nescaya dia melepaskan kaki kamu. Abd al-Rahman berkata: Apa yang aku pinjamkan atau keluarkan? Dalam riwayat yang lain menyebut: Apa yang aku pinjamkan kepada Allah wahai Rasulullah? Nabi SAW bersabda: Mulakan dengan apa yang kamu ada pada waktu petang. Adakah daripada semuanya wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Ya. Abd al-Rahman keluar dan berniat untuk melakukan perkara tersebut. Rasulullah mengutuskan seseorang kepada Abd al-Rahman Baginda bersabda: Sesungguhnya Jibril berkata: Perintahkan Abd al-Rahman supaya dia menerima tetamu, memberi makan kepada orang miskin, memberi kepada orang yang meminta dan dia memulakan dengan tanggungannya. Itu semua balasan baik yang diberikan terhadap apa yang dia ada sekarang.

STATUS

Sangat Munkar Bahkan Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2075, hadis nombor 10411. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا، بل موضوع)
عن عبد الرحمن بن عوف – رضي الله عنه -، قال: قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا عبد الرحمن! إنك من الأغنياء، ولن تدخل الجنة إلا زحفا؛ فأقرض الله يطلق قدمك. فقال عبد الرحمن: ما الذي أقرض أو أخرج؟ (وفي رواية: وما الذي أقرض الله يا رسول الله؟ قال: تبدأ بما أمسيت فيه. قال: أمن كله أجمع يا رسول الله؟ قال: نعم)، وخرج عبد الرحمن [وهو يهم بذلك]، فبعث إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: [إن جبريل، قال:] مر عبد الرحمن فليضف الضيف، وليطعم المسكين، وليعطِ السائل، [ويبدأ بمن يعول]؛ فإنّ ذلك يجزيه من كثيرٍ مما هو فيه.
[ك، ابن سعد، البزار، حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6593)]

(Sangat Munkar Bahkan Palsu)
Daripada ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf RA, beliau berkata: Rasulullah SAW berkata kepadaku: Wahai Abd al-Rahman! Kamu adalah dalam kalangan orang kaya. Kamu tidak akan masuk ke syurga melainkan dengan cara merangkak. Berikan pinjaman kepada Allah, nescaya dia melepaskan kaki kamu. Abd al-Rahman berkata: Apa yang aku pinjamkan atau keluarkan? Dalam riwayat yang lain menyebut: Apa yang aku pinjamkan kepada Allah wahai Rasulullah? Nabi SAW bersabda: Mulakan dengan apa yang kamu ada pada waktu petang. Adakah daripada semuanya wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Ya. Abd al-Rahman keluar dan berniat untuk melakukan perkara tersebut. Rasulullah mengutuskan seseorang kepada Abd al-Rahman Baginda bersabda: Sesungguhnya Jibril berkata: Perintahkan Abd al-Rahman supaya dia menerima tetamu, memberi makan kepada orang miskin, memberi kepada orang yang meminta dan dia memulakan dengan tanggungannya. Itu semua balasan baik yang diberikan terhadap apa yang dia ada sekarang.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Ibn Sa‘ad dalam al-Ṭabaqāt, al-Bazzār dalam Musnadnya, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6593]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs