Wahai Abu Razin, jika orang ramai pergi untuk berjihad di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

يا أبا رزين إذا أقبل الناس على الجهاد في سبيل الله تعالى فأحببت أن يكون لك مثل أجورهم فالزم المسجد تؤذن فيه لا تأخذ على ذلك أجرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu Razin, jika orang ramai pergi untuk berjihad di jalan Allah, maka adakah engkau suka mendapat pahala seperti mereka. Lazimilah masjid dan laungkanlah azan. Jangan engkau ambil upah atas kerjamu itu.

STATUS

(Terdapat Perawi Bermasalah pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 36. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

علله أبو نعيم بعمرو بن بكر.

Abu Nu’aim menilainya sebagai cacat dengan sebab adanya ‘Amru Bin Bakar.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs