Wahai 'Aishah! Jika aku mahu, bukit-bukit emas akan turut berjalan bersamaku

TEKS BAHASA ARAB

يا عائشة! لو شئت؛ لسارت معي جبال الذهب، أتاني ملك وإن حجزته لتساوي الكعبة، فقال: إن ربك يقري عليك السلام، ويقول لك: إن شئت نبيا ملكا، وإن شئت نبيا عبدا، فأشار إلي جبريل ضع نفسك، فقلت: نبيا عبدا. قالت: وكان صلى الله عليه وسلم بعد ذلك لا يأكل متكئا، ويقول: آكل كما يأكل العبد، وأجلس كما يجلس العبد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Aishah! Jika aku mahu, bukit-bukit emas akan turut berjalan bersamaku. Ada satu malaikat yang datang menemuiku dan pinggangnya menyamai tinggi Kaabah. Kemudian dia berkata: Sesungguhnya Tuhanmu membacakan salam padamu. Dia berfirman kepadamu: Jika kamu mahu, kamu akan dilantik menjadi nabi dan raja, dan jika kamu mahu, kamu akan dilantik menjadi nabi dan hamba, Jibril AS mengisyaratkan kepadaku: Letakkanlah dirimu (pilihlah pilihanmu). Lalu aku menjawab: Nabi dan hamba. ‘Aishah RA berkata: Setelah itu, Nabi SAW tidak lagi makan bersandar, dan baginda berkata: Aku makan seperti mana hamba makan, Aku duduk seperti mana hamba duduk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1814, hadis nombor 9149. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: يا عائشة! لو شئت لسارت معي جبال الذهب، أتاني ملك وإن حجزته لتساوي الكعبة، فقال: إن ربك يقري عليك السلام، ويقول لك: إن شئت نبيا ملكا، وإن شئت نبيا عبدا، فأشار إلي جبريل ضع نفسك، فقلت: نبيا عبدا. قالت: وكان ﷺ بعد ذلك لا يأكل متكئا، ويقول: آكل كما يأكل العبد، وأجلس كما يجلس العبد. [ع، ابن سعد، البغوي، ((الضعيفة)) (2045)]

(Lemah) Daripada Aisyah RA berkata, Nabi SAW bersabda: Wahai ‘Aishah! Jika aku mahu, bukit-bukit emas akan turut berjalan bersamaku. Ada satu malaikat yang datang menemuiku dan pinggangnya menyamai tinggi Kaabah. Kemudian dia berkata: Sesungguhnya Tuhanmu membacakan salam padamu. Dia berfirman kepadamu: Jika kamu mahu, kamu akan dilantik menjadi nabi dan raja, dan jika kamu mahu, kamu akan dilantik menjadi nabi dan hamba, Jibril AS mengisyaratkan kepadaku: Letakkanlah dirimu (pilihlah pilihanmu). Lalu aku menjawab: Nabi dan hamba. ‘Aishah RA berkata: Setelah itu, Nabi SAW tidak lagi makan bersandar, dan baginda berkata: Aku makan seperti mana hamba makan, Aku duduk seperti mana hamba duduk. [Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad, Ibnu Sa’d, al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 2045]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs