Wahai Ali, ambillah selipar daripada besi ini dan gunakanlah kedua-dua belah selipar ini untuk menuntut ilmu!

TEKS BAHASA ARAB

يا علي! اتخذ لك نعلين من حديد، وأفنهما في طلب العلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali, ambillah selipar daripada besi ini dan gunakanlah kedua-dua belah selipar ini untuk menuntut ilmu!

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 121-122, hadis nombor 153. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: " يَا عَلِيُّ! اتَّخِذْ لَكَ نَعْلَيْنِ مِنْ حَدِيدٍ، وَأَفْنِهِمَا فِي طَلَبِ الْعِلْمِ ". وَحَدِيث: " اطْلُبِ الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّينِ ". قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: لَيْسَ هَذَا وَلا هَذَا مِنْ كَلامِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Hadis: Wahai ‘Ali, ambillah selipar daripada besi ini dan gunakanlah kedua-dua belah selipar ini untuk menuntut ‘ilmu. Dan hadis: Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China. Ibnu Taimiyyah telah berkata: Hadis ini dan hadis ini bukanlah ucapan daripada baginda Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasallam.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs