Wahai ‘Ali, hendaklah kalian mencari kebaikan itu daripada golongan yang penyayang dari kalangan umatku

TEKS BAHASA ARAB

يا علي! اطلبوا المعروف من رحماء أمتي، تعيشوا في أكنافهم، ولا تطلبوه من القاسية قلوبهم، فإن اللعنة تنزل عليهم، يا علي! إن الله تعالى خلق المعروف، وخلق له أهلا، فحببه إليهم، وحبب إليهم فعاله، ووجه إليهم طلابه، كما وجه الماء في الأرض الجدبة لتحيى به، ويحيى بها أهلها، يا علي! إن أهل المعروف في الدنيا هم أهل المعروف في الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Ali, hendaklah kalian mencari kebaikan itu daripada golongan yang penyayang dari kalangan umatku, nescaya kamu akan hidup di bawah naungan mereka. Janganlah kamu mencari kebaikan daripada mereka yang keras jantung hatinya, kerana laknat akan turun ke atas mereka. Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan kebaikan dan Dia juga yang telah menciptakan ahli bagi kebaikan tersebut. Lalu Dia memberikan rasa cinta mereka kepada kebaikan serta rasa cinta kepada mereka untuk melakukan kebaikan. Kemudian Dia mengarahkan mereka untuk mencarinya (kebaikan) sebagaimana diarahkan air pada bumi yang kontang untuk ia hidup dengannya, serta penduduknya dapat hidup dengannya. Wahai ‘Ali, sesungguhnya ahli kebaikan di dunia mereka merupakan ahli kebaikan di akhirat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 192, hadis nombor 992. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((يا علي! اطلبوا المعروف من رحماء أمتي، تعيشوا في أكنافهم، ولا تطلبوه من القاسية قلوبهم، فإن اللعنة تنزل عليهم، يا علي! إن الله تعالى خلق المعروف، وخلق له أهلا، فحببه إليهم، وحبب إليهم فعاله، ووجه إليهم طلابه، كما وجه الماء في الأرض الجدبة لتحيى به، ويحيى بها أهلها، يا علي! إن أهل المعروف في الدنيا هم أهل المعروف في الآخرة)).
[ك، ((الضعيفة)) (‌‌1578)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Ali RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Wahai ‘Ali, hendaklah kalian mencari kebaikan itu daripada golongan yang penyayang dari kalangan umatku, nescaya kamu akan hidup di bawah naungan mereka. Janganlah kamu mencari kebaikan daripada mereka yang keras jantung hatinya, kerana laknat akan turun ke atas mereka. Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan kebaikan dan Dia juga yang telah menciptakan ahli bagi kebaikan tersebut. Lalu Dia memberikan rasa cinta mereka kepada kebaikan serta rasa cinta kepada mereka untuk melakukan kebaikan. Kemudian Dia mengarahkan mereka untuk mencarinya (kebaikan) sebagaimana diarahkan air pada bumi yang kontang untuk ia hidup dengannya, serta penduduknya dapat hidup dengannya. Wahai ‘Ali, sesungguhnya ahli kebaikan di dunia mereka merupakan ahli kebaikan di akhirat.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1578]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs