Wahai Allah, ampunkanlah dosanya dan rahmati dia

TEKS BAHASA ARAB

اللهم اغفر له وارحمه، وارفع درجته، وأعظم أجره، وأتمم نوره، وأفسح له في قبره، وألحقه بنبيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, ampunkan lah dosanya dan rahmati dia. Angkatlah darjatnya dan gandakan pahalanya. Sempurnakan cahayanya dan luaskan kuburnya serta berikan dia kesempatan untuk bersama Nabinya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1920 hadis nombor 9640. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: أتي بجنازة سهل بن عتيك رضي الله عنه وكان أول من صلي عليه في موضع الجنائز فتقدم عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فصلى، وكبر، فقرأ بأم القرآن فجهر بها، ثم كبر الثانية وصلى على نفسه، وعلى المرسلين، ثم كبر الثالثة فدعا للميت، فقال: اللهم اغفر له وارحمه، وارفع درجته، وأعظم أجره، وأتمم نوره، وأفسح له في قبره، وألحقه بنبيه. ثم كبر الرابعة فدعا للمؤمنين والمؤمنات، ثم سلم.
[الطبراني في ((الدعا))، طس، ((الضعيفة)) (6464)]

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Jenazah Sahl bin ‘Atik RA dihadapkan. Beliau adalah orang pertama yang disolatkan di tempat jenazah. Lalu Rasulullah SAW pergi ke hadapan dan menunaikan solat. Baginda bertakbir dan membaca Ummu al-Quran (al-Fatihah) lalu Baginda menguatkan suaranya. Kemudian Baginda bertakbir kali kedua dan berselawat ke atas diri Baginda dan juga para Rasul yang lain. Kemudian Baginda bertakbir kali ketiga dan berdoa untuk si mati. Baginda berdoa: Wahai Allah, ampunkan lah dosanya dan rahmati dia. Angkatlah darjatnya dan gandakan pahalanya. Sempurnakan cahayanya dan luaskan kuburnya serta berikan dia kesempatan untuk bersama Nabinya. Kemudian Baginda bertakbir kali keempat dan mendoakan untuk orang yang beriman sama ada lelaki dan wanita. Kemudian Baginda memberi salam.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Dua, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6464]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs