Wahai Allah, datangkan kepadaku makhluk yang paling engkau cintai

TEKS BAHASA ARAB

اللهم ائتني بأحب خلقك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, datangkan kepadaku makhluk yang paling engkau cintai.

STATUS

Diperselisihkan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 95. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

الْقزْوِينِي أَحَادِيث المصابيح فِي مَنَاقِب عَليّ «اللَّهُمَّ ائْتِنِي بِأحب خلقك» إِلَخ. ابْن الْجَوْزِيّ مَوْضُوع: الْحَاكِم لَيْسَ بموضوع: الثَّانِي «أَنا دَار الْعلم» إِلَخ. غَرِيب مُضْطَرب ابْن الْجَوْزِيّ مَوْضُوع: الثَّالِث «يَا عَلِيُّ لَا يَحِلُّ لأَحَدٍ يَسْتَطْرِقُ هَذَا الْمَسْجِدَ جُنُبًا غَيْرِي وَغَيْرك» ابْن الْجَوْزِيّ مَوْضُوع.

Maksudnya; “Wahai Allah, datangkan kepadaku makhluk yang paling engkau cintai…”. Ibn al-Jawzi mengatakan bahawa hadith ini adalah palsu. al-Hakim berkata ia bukan palsu.
Kedua: Maksudnya: “Aku adalah pusat ilmu..”. Ia adalah hadith gharib dan mudtarib (bercelaru). Ibn al-Jawzi berkata: Ia adalah hadith palsu.
Ketiga: Maksudnya: “Wahai Ali, tidak boleh bagi sesiapa pun untuk melintasi masjid ini dalam keadaan berjunub melainkan aku dan engkau.”. Ibn al-Jawzi berkata: Ia adalah hadith palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs