Wahai Allah, datangkanlah kepadaku makhluk yang paling engkau cintai yang mana dia akan makan burung ini bersamaku

TEKS BAHASA ARAB

اللهم ائتني بأحب الخلق إليك يأكل معي هذه الطير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, datangkanlah kepadaku makhluk yang paling engkau cintai yang mana dia akan makan burung ini bersamaku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْمُخْتَصر «اللَّهُمَّ ائْتِنِي بِأَحَبِّ الْخَلْقِ إِلَيْكَ يَأْكُل معي هَذِه الطير» لَهُ طرق كَثِيرَة كلهَا ضَعِيفَة قلت ذكره أَبُو الْفرج فِي الموضوعات.

Dalam kitab al-Mukhtasar menyebut:
Maksudnya: “Wahai Allah, datangkanlah kepadaku makhluk yang paling engkau cintai yang mana dia akan makan burung ini bersamaku.”. Ia mempunyai banyak jalur periwayatan namun kesemuanya daif. Saya katakan: Abu al-Farj menyebutnya di dalam al-Maudu’at.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs