Wahai Anas, apabila kamu berkehendak akan suatu perkara, maka mohonlah petunjuk kepada Tuhanmu berkenaan perkara tersebut sebanyak tujuh kali

TEKS BAHASA ARAB

يا أنس إذا هممت بأمر؛ فاستخر ربك فيه سبع مرات، ثم انظر إلى الذي يسبق إلى قلبك؛ فإن الخير فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Anas, apabila kamu berkehendak akan suatu perkara, maka mohonlah petunjuk kepada Tuhanmu berkenaan perkara tersebut sebanyak tujuh kali. Kemudian lihatlah perkara yang mana mendahului dalam hatimu, kerana sesungguhnya kebaikan itu ada padanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 380, hadis nombor 2017. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «يا أنس إذا هممت بأمر؛ فاستخر ربك فيه سبع مرات، ثم انظر إلى الذي يسبق إلى قلبك؛ فإن الخير فيه». [ابن السني، «الضعيفة» (6908)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Wahai Anas, apabila kamu berkehendak akan suatu perkara, maka mohonlah petunjuk kepada Tuhanmu berkenaan perkara tersebut sebanyak tujuh kali. Kemudian lihatlah perkara yang mana mendahului dalam hatimu, kerana sesungguhnya kebaikan itu ada padanya.” [Riwayat Ibn al-Sunni dalam 'Amal al-Yawm wa al-Laylah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6908].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs