Wahai Isa, sesungguhnya aku akan membangkitkan selepas kamu suatu kaum

TEKS BAHASA ARAB

إن الله قال: يا عيسى! إني باعث من بعدك أمة إن أصابهم ما يحبون حمدوا الله، وإن أصابهم ما يكرهون احتسبوا وصبروا، ولا حلم ولا علم. فقال: يا رب! كيف يكون هذا لهم ولا حلم ولا علم؟! قال: أعطيهم من حلمي وعلمي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT berkata: Wahai Isa, sesungguhnya aku akan membangkitkan selepas kamu suatu kaum yang apabila mereka mendapatkan sesuatu yang mereka sukai, mereka akan memujiKu, dan apabila mereka diuji dengan perkara yang mereka tidak sukai, mereka mengharapkan pahala dariku dan bersabar menghadapinya, (dan mereka melakukan ini) tanpa sebarang kekuatan (diri) dan pengetahuan. Lalu Isa berkata: Wahai Tuhan, bagaimana hal itu boleh berlaku sedangkan mereka tidak ada kekuatan (diri) mahupun pengetahuan? Allah SWT berkata: Aku berikan kepada mereka kekuatanKu dan pengetahuanKu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 485, hadis nombor 2608. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء –رضي الله عنه-، قال: سمعت أبا القاسم ﷺ يقول: ((إن الله قال: يا عيسى! إني باعث من بعدك أمة إن أصابهم ما يحبون حمدوا الله، وإن أصابهم ما يكرهون احتسبوا وصبروا، ولا حلم ولا علم. فقال: يا رب! كيف يكون هذا لهم ولا حلم ولا علم؟! قال: أعطيهم من حلمي وعلمي)). [ك، حم، حل، ابن أبي الدنيا في ((الصبر))، الخرائطي في ((فضيلة الشكر))، هب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4991)]

(Lemah)
Daripada Abu Darda’ RA berkata: Aku mendengar Abu al-Qasim (yakni Nabi) SAW bersabda: Allah SWT berkata: Wahai Isa, sesungguhnya aku akan membangkitkan selepas kamu suatu kaum yang apabila mereka mendapatkan sesuatu yang mereka sukai, mereka akan memujiKu, dan apabila mereka diuji dengan perkara yang mereka tidak sukai, mereka mengharapkan pahala dariku dan bersabar menghadapinya, (dan mereka melakukan ini) tanpa sebarang kekuatan (diri) dan pengetahuan. Lalu Isa berkata: Wahai Tuhan, bagaimana hal itu boleh berlaku sedangkan mereka tidak ada kekuatan (diri) mahupun pengetahuan? Allah SWT berkata: Aku berikan kepada mereka kekuatanKu dan pengetahuanKu.
[Riwayat Mustadrak al-Hakim, Musnad Ahmad bin Hanbal, Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah, Ibnu Abi Dunya dalam Al-Sabr, Al-Kharaiti dalam Fadhilat al-Syukr, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Ibnu Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4991]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs