Wahai Khaulah! Apa yang telah terjadi di rumah Rasulullah SAW?

TEKS BAHASA ARAB

يا خولة! ما حدث في بيت رسول الله؟ جبريل لا يأتيني! فهل حدث في بيت رسول الله حدث؟ … يا خولة! دثريني! فأنزل الله: {والضحى. والليل إذا سجى. ما ودعك ربك وما قلى}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Khaulah! Apa yang telah terjadi di rumah Rasulullah SAW? Jibril tidak datang kepadaku! Adakah berlaku sesuatu di rumah Rasulullah SAW?…Baginda berkata: "Wahai Khaulah! Selimutkan aku". Lalu Allah turunkan ayat: “Demi waktu Dhuha. Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)." [al-Dhuha: 1-3]

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1567, hadis nombor 7939. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن حفص بن سعيد القرشي: حدثتني أمي عن أمها وكانت خادم رسول الله-صلى الله عليه وسلم-: أن جروا دخل البيت، ودخل تحت السرير ومات، فمكث نبي الله-صلى الله عليه وسلم-أياما لا ينزل عليه الوحي، فقال: ((يا خولة! ما حدث في بيت رسول الله؟ جبريل لا يأتيني! فهل حدث في بيت رسول الله حدث؟)) فقلت: والله! ما أتى علينا يوم خيرا من يومنا، فأخذ برده فلبسه وخرج، فقلت: لو هيأت البيت وكنسته، فأهويت بالمكنسة تحت السرير، فإذا شيء ثقيل؛ فلم أزل حتى أخرجته، فإذا بِجَرْوٍ ميت، فأخذته بيدي فألقيته خلف الجدار، فجاء نبي الله-صلى الله عليه وسلم- ترعد لحيته-وكان إذا أتاه الوحي أخذته الرعدة-، مرفوعا: ((يا خولة! دثريني!. فأنزل الله: {والضحى. والليل إذا سجى. ما ودعك ربك وما قلى})). [طب، ((الضعيفة)) (6136]

(Munkar)
Daripada Hafs bin Said al-Qurashi telah menceritakan kepadaku ibuku daripada ibunya dan dia merupakan pembantu kepada Rasulullah SAW: Satu hari seekor anak anjing memasuki rumah dan memasuki bawah katil lalu mati. Lalu Nabi SAW berada di rumahnya beberapa hari dan wahyu tidak turun, maka beliau berkata: Wahai Khaulah! Apa yang telah terjadi di rumah Rasulullah SAW? Jibril tidak datang kepadaku! Adakah berlaku sesuatu di rumah Rasulullah SAW?. Aku berkata: Demi Allah! Tidak datang ke atas kami hari yang baik daripada hari kita ini. Maka Nabi SAW mengambil selendang tebalnya, lalu Baginda memakainya dan keluar. Aku berkata: Aku akan cuba membersihkan dan menyapu rumah ini. Aku menyapu dengan penyapu di bawah katil, terdapat sesuatu yang berat yang susah untuk dikeluarkan dan aku terus mencuba menyapu lagi sehingga aku dapat mengeluarkannya dan ternyata ia merupakan bangkai anak anjing. Kemudian aku mengambilnya dan membuangnya di belakang dinding (ke luar rumah). Setelah itu, Nabi Allah datang dalam keadaan menggeletar. Baginda sering menjadi seperti ini apabila menerima wahyu. Baginda berkata: Wahai Khaulah! Selimutkan aku. Lalu Allah turunkan ayat: “Demi waktu Dhuha. Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)" [al-Dhuha: 1-3] [Riwayat al-Tabarani di dalam Kitab al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6136].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs