Wahai Rasulullah! Siapakah yang akan membawa panji kamu pada hari kiamat?

TEKS BAHASA ARAB

حديث: قالوا يا رسول الله، من يحمل رايتك يوم القيامة؟ قال: الذي يحملها في الدنيا علي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Mereka berkata: Wahai Rasulullah, siapakah yang akan membawa panji kamu pada hari kiamat? Baginda bersabda: Orang yang membawanya di dunia iaitu Ali bin Abi Talib.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 375, hadis nombor 76. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن جابر بن سمرة مرفوعا، وفي إسناده: ناصح بن عبد الله، وهوشيعي متروك. ورواه ابن ناصر عن أبي ذر مرفوعا: ترد على الحوض راية أمير المؤمنين، وإمام الغر المحجلين، فأقوم فآخذ بيده فيبياض وجهه ووجوه أصحابه. فأقول: ما خلفتموني في الثقلين بعدي. فيقولون: تبعنا الأكبر وصدقناه، ووزارنا الأصغر ونصرناه، وقاتلنا معه، فأقول: ردوا رواء مرويين فيشربون شربة لا يظمئون بعدها أبدا. إسناده: مظلم. فيه مجاهيل. قاله ابن الجوزي، وذكره في الموضوعات.

Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Jabir bin Samurah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Nasih bin Abdullah, seorang Syiah yang matruk (ditinggalkan hadithnya).
Diriwayatkan oleh Ibn Nasir daripada Abi Zar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang akan mendatangi telaga, panji Amirul Mukminin, pemimpin orang yang melebihkan sapuan wuduknya, lalu aku bangun dan mengambil tangannya lalu wajahnya dan sahabat-sahabatnya memutih. Aku berkata: Apa yang kamu tinggalkan untuk aku untuk manusia dan jin selepasku. Mereka berkata: Kami mengikuti yang besar dan kami membenarkannya, kami melawat yang kecil dan kami menolongnya dan berperang bersamanya. Aku berkata: Kembalikan mereka dalam keadaan dahaga lalu mereka minum minuman yang menjadikan mereka tidak dahaga buat selamanya. Sanadnya gelap. Padanya terdapat orang-orang yang tidak diketahui. Disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dan disebutkan dalam al-Maudhu’at.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs