Ya Allah, binasakanlah mereka disebabkan fitnah tersebut dan campakkanlah mereka ke dalam api neraka

TEKS BAHASA ARAB

اللهم! أركسهما في الفتنة ركسا، ودعهما إلى النار دعا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah, binasakanlah mereka disebabkan fitnah tersebut dan campakkanlah mereka ke dalam api neraka

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1576, hadis nombor 7976. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي برزة- رضي الله عنه- قال: كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم فسمع صوت غناء، فقال: ((انظروا ما هذا؟)) فصعدت فنظرت فإذا معاوية وعمرو يغنيان، فجئت فأخبرت النبي صلى الله عليه وسلم فقال: ((اللهم! أركسهما في الفتنة ركسا، ودعهما إلى النار دعّا)). [حم، البزار، ع، ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6567)].

(Munkar)
Daripada Abu Barzah RA, beliau berkata: Sewaktu kami sedang bersama Nabi SAW, tiba-tiba baginda terdengar suara nyanyian lalu baginda berkata: ((Lihatlah, bunyi apakah itu?)) Aku pun pergi dan melihat ketika itu Mu’awiyah dan Amr sedang menyanyi, lalu aku pergi dan beritahu kepada Nabi SAW, baginda berkata: ((Ya Allah, binasakanlah mereka disebabkan fitnah tersebut dan tempatkan mereka dalam api neraka.)) [Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, al-Bazzar, Abi Ya’la di dalam Musnadnya, Ibn Hibban di dalam al-Du’afa dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6567].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs