Ya Allah! Mata telah tidur, bintang sedang bergemerlapan

TEKS BAHASA ARAB

كان النبي صلى الله عليه وسلم يقول في جوف الليل: اللهم نامت العيون وغارت النجوم وأنت الحي القيوم لا يوارى منك ليل ساج ولا سماء ذات أبراج ولا أرض ذات مهاد ولا بحر لجي ولا ظلمات بعضها فوق بعض، تعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور، اللهم إني أشهد لك بما شهدت به على نفسك وشهدت به ملائكتك وأنبياؤك وأولو العلم، ومن لم يشهد بما شهدت به، فاكتب شهادتي مكان شهادته، أنت السلام ومنك السلام تباركت ذا الجلال والإكرام، اللهم إني أسألك فكاك رقبتي من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Mata telah tidur, bintang sedang bergemerlapan, Engkaulah Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbir, tidak terlindung daripada-Mu malam yang tenang, langit yang memiliki bintang-bintang, juga bumi yang terbentang, serta laut yang dalam, serta kegelapan yang berlapis-lapis. Engkau mengetahui apa yang ditipu oleh mata dan disembunyikan oleh hati. Ya Allah! Aku bersaksi kepada-Mu apa yang telah Engkau bersaksi terhadapnya kepada diri-Mu, apa yang disaksikan oleh para malaikat-Mu dan nabi-Mu serta orang yang mempunyai ilmu, dan sesiapa yang tidak disaksikan oleh apa yang Engkau saksikan, maka tulislah persaksianku menggantikan persaksiannya, Engkaulah Yang Maha Sejahtera dan daripada-Mu kesejahteraan, engkaulah Zat Yang Maha Berkat dan Maha Mulia. Ya Allah! Aku memohon daripadamu untuk membebaskan tengkukku daripada api neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 697, hadis nombor 3580. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: كان النبي صلى الله عليه وسلم يقول في جوف الليل: (([اللهم!] نامت العيون، ‌وغارت ‌النجوم، وأنت الحي القيوم، لا يواري منك ليل ساج، ولا سماء ذات أبراج، ولا أرض ذات مهاد، ولا بحر لجي، ولا ظلمات بعضها فوق بعض، تعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور، اللهم! إني أشهد لك بما شهدت به على نفسك، وشهدت به ملائكتك وأنبياؤك وأولوا العلم، ومن لم يشهد بما شهدت به؛ فاكتب شهادتي مكان شهادته، أنت السلام ومنك السلام، تباركت ذا الجلال والإكرام، اللهم! إني أسألك فكاك رقبتي من النار)). [ابن أبي الدنيا في ((التهجد))، فر، ((الضعيفة)) (٦٧٣١)]

(Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Nabi SAW berkata pada tengah malam: Ya Allah! Mata telah tidur, bintang sedang bergemerlapan, Engkaulah Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbir, tidak terlindung daripada-Mu malam yang tenang, langit yang memiliki bintang-bintang, juga bumi yang terbentang, serta laut yang dalam, serta kegelapan yang berlapis-lapis. Engkau mengetahui apa yang ditipu oleh mata dan disembunyikan oleh hati. Ya Allah! Aku bersaksi kepada-Mu apa yang telah Engkau bersaksi terhadapnya kepada diri-Mu, apa yang disaksikan oleh para malaikat-Mu dan nabi-Mu serta orang yang mempunyai ilmu, dan sesiapa yang tidak disaksikan oleh apa yang Engkau saksikan, maka tulislah persaksianku menggantikan persaksiannya, Engkaulah Yang Maha Sejahtera dan daripada-Mu kesejahteraan, engkaulah Zat Yang Maha Berkat dan Maha Mulia. Ya Allah! Aku memohon daripadamu untuk membebaskan tengkukku daripada api neraka. [Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Tahajjud, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6731]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs