Ya Allah perbanyakkanlah harta lelaki itu

TEKS BAHASA ARAB

اللهم! أكثر مال فلان (يعني: المانع ناقته)، واجعل رزق فلان يوما بيوم (يعني: الذي بعث بالناقة).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah perbanyakkanlah harta lelaki itu (yakni yang enggan memberikan untanya, seolah-olah Rasulullah berdoa agar diperbanyak hartanya lalu dia mampu mengeluarkan zakatnya, atau agar dia terus disibukkan dengan dunianya), dan cukupkanlah rezeki lelaki itu (yang memberikan untanya) dari hari ke hari.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 886-887, hadis nombor 4548. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن نقادة الأسدي قال: بعثني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إلى رجل يستمنحه ناقة، فرده. ثم بعثني إلى رجل آخر، فأرسل إليه بناقة، فلما أبصرها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: “اللهم! بارك فيها، وفيمن بعث بها”. قال نقادة: فقلت: لرسول الله – صلى الله عليه وسلم -: وفيمن جاء بها؟ قال:”وفيمن جاء بها”. ثم أمر بها فحلبت، فدرت، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم: اللهم! أكثر مال فلان (يعني: المانع ناقته)، واجعل رزق فلان يوما بيوم (يعني: الذي بعث بالناقة). [هـ، حم، ((الضعيفة)) (4868)].

(Lemah)
Daripada Nuqadah al-Asadi, beliaع berkata: Suatu ketika Rasulullah SAW mengutuskanku kepada seorang lelaki bagi meminta darinya seekor unta (yakni bahagian zakatnya), namun lelaki itu enggan memberikannya, lalu baginda menghantar daku kepada seorang lagi lelaki lain, lalu lelaki itu menghantarkan seekor unta. Apabila Rasulullah SAW melihatnya, baginda berdoa: Ya Allah berkatilah ia, dan berkatilah orang yang telah menghantarnya. Nuqadah berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: dan orang yang membawakannya? Lalu baginda berdoa: dan orang yang membawakannya. Kemudian Rasulullah mengarahkan agar ia diuruskan, lalu diperah susunya dan ia mengeluarkan banyak susu. Maka Rasulullah SAW pun berdoa: Ya Allah perbanyakkanlah harta lelaki itu (yakni yang enggan memberikan untanya, seolah-olah Rasulullah berdoa agar diperbanyak hartanya lalu dia mampu mengeluarkan zakatnya, atau agar dia terus disibukkan dengan dunianya), dan cukupkanlah rezeki lelaki itu (yang memberikan untanya) dari hari ke hari.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya dan Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4868].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs