Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu yang Maha Agung dan keredaan-Mu yang Maha Besar

TEKS BAHASA ARAB

الزموا هذا الدعاء: اللهم! إني أسألك باسمك الأعظم، ورضوانك الأكبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lazimilah doa ini: "Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu yang Maha Agung dan keredhaan-Mu yang Maha Besar".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1575, hadis nombor 7974. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حمزة بن عبد المطلب – رضي الله عنه -، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال: ((الزموا هذا الدعاء: اللهم! إني أسألك باسمك الأعظم، ورضوانك الأكبر)). [أبو بكر الشافعي في ((الغيلانيات))، ابن قانع، طب، ((الضعيفة)) (7046)].

(Lemah)
Daripada Hamzah bin Abdul Mutalib RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: ((Lazimilah doa ini: "Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu yang Maha Agung dan keredhaan-Mu yang Maha Besar".))
[Riwayat Abu Bakr al-Shafi’e di dalam Kitab al-Ghilaniyat, Ibn Qani’, dan al-Ṭabarānī di dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7046].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs