TEKS BAHASA ARAB
إن الله يزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah menghalang melalui Sultan perkara yang tidak boleh dihalang melalui al-Qur’an.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 20, hadis nombor 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
جاء عن عثمان موقوفا، ونحوه عن عمر موقوفا.
Ia datang daripada ‘Uthman secara mawquf dan seumpamanya juga diriwayatkan daripada ‘Umar secara mawquf.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.