TEKS BAHASA ARAB
لما غسلت النبي – صلى الله عليه وسلم – اقتلصت محاجر عينيه فشربت فورثت علم الأولين والآخرين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ketika Rasulullah SAW mandi, aku mendekati kedua kelopak mata Baginda, lalu aku pun minum menyebabkan aku mewarisi ilmu orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 76, hadis nombor 325. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
يحكى عن علي، قال النووي: وليس بصحيح.
Diceritakan daripada ‘Ali, al-Nawawi berkata: “Tidak sahih”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.