Aku tidak membaca, firman Allah SWT: ‘Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya

TEKS BAHASA ARAB

ما أخذت {ق والقرآن المجيد} إلا من وراء النبي صلى الله عليه وسلم؛ كان يصلي بها الصبح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Aku tidak membaca, firman Allah SWT: ‘Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya.’ [Qaf: 1] melainkan di belakang Nabi SAW, baginda membacanya pada solat Subuh.”

STATUS

Munkar dengan sebutan ‘subuh’.

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1538, hadis nombor 7810. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (الصبح)). عن أم هشام بنت حارثة بن النعمان -رضي الله عنها- قالت:(ما أخذت {ق والقرآن المجيد} إلا من وراء النبي صلى الله عليه وسلم؛ كان يصلي بها الصبح). [حم،عم،ن،((الضعيفة)) (5622)].

(Munkar dengan sebutan ‘subuh’)
Daripada Ummu Hisham Binti Harithah Bin Nu’man RA, beliau berkata: “Aku tidak membaca, firman Allah SWT: ‘Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya.’ [Qaf: 1] melainkan di belakang Nabi SAW, baginda membacanya pada solat Subuh.” [Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad, Sunan al-Nasa’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5622].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs