TEKS BAHASA ARAB
أظل الله عبدا في ظله يوم لا ظل إلا ظله – أنظر معسرا أو ترك لغارم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah akan menaungi hamba-Nya -pada hari tiada naungan kecuali naungan-Nya-, yang melanjutkan tempoh hutang kepada orang yang susah dan yang membiarkan orang yang tidak mampu membayar hutang.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 624, hadis nombor 3251. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عثمان بن عفان – رضي الله عنه -، قال: رسول الله عليه وسلم يقول: ((أظل الله عبدا – في ظله يوم لا ظل إلا ظله؛ أنظر معسرا أو ترك لغارم)). [عم، ((الضعيفة)) (5077)]
(Sangat lemah)
Daripada Uthman RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Allah akan menaungi hamba-Nya -pada hari tiada naungan kecuali naungan-Nya-, yang melanjutkan tempoh hutang kepada orang yang susah dan yang membiarkan orang yang tidak mampu membayar hutang.”
[Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5077].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.