Allah Azza Wa Jalla itu boleh marah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله عز وجل ليغضب،فإذا غضب سبحت الملائكة لغضبه، فإذا اطلع إلى أهل الأرض، نظر الولدان يقرءون القرآن تملأ ربنا رضا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla itu boleh marah.Jika Dia marah, para malaikat akan bertasbih kerana kemarahan-Nya, apabila dia melihat ahli bumi ada dua orang anak yang membaca al-Quran maka Tuhan akan redha.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 447, hadis nombor 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي، عن ابن عمر مرفوعاً، وقا ل: لا أعلم رواه عن ابن عيينة، غير عبد الله بن أيوب بن أبي علاج، وهو منكر الحديث.وقال في اللآلىء: رأيت له طرقًا أخري عن ابن عيينة، فذكرها.وقال الذهبي في الميزان: إنه كذب بين، وإن ابن أبي علاج متهم بالوضع كذاب، ووافقه ابن حجر في اللسان.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Aku tidak mengetahui ada yang meriwayatkan dari Ibn Uyaynah selain Abdullah bin Ayub bin Ilaj, seorang munkarul hadis.Dia berkata dalam al-Laali’: Aku melihat ada jalur yang lain daripada Ibn Uyaynah, lalu dia menyatakannya.Al-Zahabi berkata dalam al-Mizan: Ia dusta yang jelas, Ibn Abi Ilaj dituduh memalsukan hadis dan pendusta, dan ini dipersetujui oleh Ibn Hajar dalam al-Lisan.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs