Allah SWT berkata: Aku lebih baik daripada hamba-Ku dengan empat perkara

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يقول الله: تفضلت على عبدي بأربع خصال: سلطت الدابة على الحبة، ولولا ذلك: لادخرها الملوك كما يدخرون الذهب والفضة، وألقيت النتن على الجسد، ولولا ذلك: لما دفن خليل خليله أبدا، وسلطت السلو على الحزن، ولولا ذلك: لا نقطع النسل، وعرضت الأجل وأطلب الأمل، ولولا ذلك: لخربت الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Allah SWT berkata: Aku lebih baik daripada hambaku dengan empat perkara: Aku menjadikan binatang melata menguasai bijirin, jika bukan kerana demikian, para pemerintah akan menyimpannya seperti menyimpan emas dan perak; Aku mencampakkan bau kurang menyenangkan pada tubuh badan, jika bukan kerana demikian, seorang kekasih tidak akan menguburkan kekasihnya; aku menjadikan lupa menguasai kedukaan, jika bukan kerana demikian, tidaklah kami memutuskan keturunan; dan Aku memperlihatkan tempoh ajal dan meminta pengharapan, jika bukan kerana demikian, akan musnahlah dunia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 151, hadis nombor 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن البراء مرفوعا، وفي إسناده: محمد بن يحيى الأشنائي كذاب.وقد أخرجه ابن عساكر والديلمي من غير طريقه من حديث زيد بن أرقم وابن أبي حاتم في تفسيره عن عكرمة.

Al-Khatib meriwayatkan daripada al-Bara’ secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), dan pada sanadnya terdapat perawi bernama Muhammad bin Yahya al-Ashnaie seorang pembohong.Ibn Asakir dan al-Dailami meriwayatkannya daripada selain jalurnya, daripada Zaid bin Arqam manakala Ibn Abi Hatim di dalam tafsirnya daripada Ikrimah.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs