Allah tidak memandang kepada kaum yang meletakkan serban mereka di bawah kain rida’ mereka, (iaitu: semasa solat)

TEKS BAHASA ARAB

لا ينظر الله إلى قوم لا يجعلون عمائمهم تحت ردائهم. يعني: في الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak memandang kepada kaum yang meletakkan serban mereka di bawah kain rida’ mereka, (iaitu: semasa solat).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1640, hadis nombor 8299. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((لا ينظر الله إلى قوم لا يجعلون عمائمهم تحت ردائهم. يعني: في الصلاة.)). [فر، ((الضعيفة)) (6071)]

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Allah tidak memandang kepada kaum yang meletakkan serban mereka di bawah kain rida’ mereka, (iaitu: semasa solat).))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus . Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6071].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs