Apabila salah seorang kamu diberikan al-Rayhan maka janganlah dia menolaknya

TEKS BAHASA ARAB

إذا أعطى أحدكم الريحان فلا يرده، فإنه خرج من الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kamu diberikan al-Rayhan maka janganlah dia menolaknya. Kerana sesungguhnya ia keluar (berasal) daripada syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 172, hadis nombor 864. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي عثمان النهدي مرفوعا: إذا أعطى أحدكم الريحان فلا يرده، فإنه خرج من الجنة.
[ت، ((الضعيفة)) (764)]

(Lemah)
Daripada Abu Uthman al-Nahdi secara Marfu’: Apabila salah seorang kamu diberikan al-Rayhan maka janganlah dia menolaknya. Kerana sesungguhnya ia keluar (berasal) daripada syurga.
[Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 764]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs