Allah bersama orang yang lemah hingga orang yang kuat merasa takjub

TEKS BAHASA ARAB

يكون الله مع الضعيف حتى يتعجب القوي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah bersama orang yang lemah hingga orang yang kuat merasa takjub.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 110, hadis nombor 542. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

فيه أثر في (الحلية) عن أبي يعقوب الأقطع، ولفظه: (يضع الله للضعيف حتى يتعجب القوي).

Berhubungnya terdapat athar dalam al-Hilyah daripada Abu Ya'qub al-Aqta' dan lafaznya: “Allah menjadikan orang lemah supaya orang kuat merasa takjub”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs