Tunduk kepada orang kaya kerana kekayaannya

TEKS BAHASA ARAB

من تواضع لغني لأجل غناه ذهب ثلثا دينه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tunduk kepada orang kaya kerana kekayaannya, hilanglah 1/3 agamanya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 89, hadis nombor 415. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال الجد: لم أقف عليه بهذا، ثم أفاد أن عند الديلمي: حديث أبي هريرة: لعن الله فقيرا تواضع لغني من أجل ماله من فعل ذلك منهم فقد ذهب ثلثا دينه وهو ضعيف.

Al-Jadd berkata: “Aku belum pernah menemui hadith dengan lafaz ini”, kemudian beliau menyebutkan faedah bahawa dalam riwayat al-Dailami ada hadith Abu Hurairah: “Allah melaknat orang fakir yang tunduk kepada orang kaya kerana hartanya. Sesiapa yang melakukan hal tersebut dalam kalangan mereka, maka hilanglah 1/3 agamanya”, ia da’if.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs