Apabila berada pada akhir zaman

TEKS BAHASA ARAB

إِذا كانَ آخِرُ الزَّمانِ فَعَلَيْكُمْ بِدِين أهْلِ البادِيَةِ والنِّساءِ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila berada pada akhir zaman, maka hendaklah kamu berpegang dengan agama penduduk kampung dan wanita.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 13, hadis nombor 55. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith tersebut adalah antara rekaan Muhammad bin 'Abdul Rahman al-Bailamani. Di bawah biografi beliau, Ibn Hibban mengeluarkan hadith ini dalam kitab al-Dhu'afa'. Asalnya hadith ini berasal daripada kalam 'Umar bin 'Abd al-'Aziz beradasarkan apa yang dikatakan.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs