Bahawa matahari telah kembali untuk Ali bin Abi Talib

TEKS BAHASA ARAB

أن الشمس ردت على علي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa matahari telah kembali untuk Ali bin Abi Talib.

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 128, hadis nombor 167. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وحديث: «أن الشمس ردت على علي بن أبي طالب». قال أحمد: لا أصل له. وتبعه ابن الجوزي وابن حزم وابن تيمية، وقالوا: حديث موضوع، ولكن صححه الطحاوي والقاضي عياض.

Dan hadis: Bahawa matahari telah kembali untuk Ali bin Abi Talib. Imam Ahmad berkata: Hadis ini tiada asal baginya. Begitu juga diikuti/dipersetujui oleh Ibn Jauzi, Ibn Hazm dan Ibn Taimiyyah, mereka berkata: Hadis palsu akan tetapi telah disahihkan oleh al-Tahawi dan juga Qadhi ‘Iyadh.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs