Barang siapa yang mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang segalanya tunduk kepada-Nya kerana keagungan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

من قال: الحمد لله الذي تواضع كل شيء لعظمته، والحمد لله الذي ذل كل شيء لعزته، والحمد لله الذي خضع كل شيء لملكه، والحمد لله الذي استسلم كل شيء لقدرته؛ فقالها يطلب بها ما عنده؛ كتب الله له بها ألف حسنة، ورفع له بها ألف درجة، ووكل به سبعين ألف ملك، يستغفرون له إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang segalanya tunduk kepada-Nya kerana keagungan-Nya, segala puji bagi Allah yang segalanya hina kerana kemuliaan-Nya, segala puji bagi Allah yang segalanya patuh kepada-Nya kerana kerajaan-Nya, segala puji bagi Allah yang segalanya menyerahkan diri kerana kudrat-Nya", maka dia mengucapkannya (untuk) meminta dengannya apa yang di sisi-Nya, nescaya Allah tulis baginya seribu kebaikan dengan ucapan itu, Dia mengangkat baginya seribu darjat dengannya dan Dia menugaskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya yang memohon keampunan untuknya sehingga hari kiamat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 510, hadis nombor 2714. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: «من قال: الحمد لله الذي تواضع كل شيء لعظمته، والحمد لله الذي ذل كل شيء لعزته، والحمد لله الذي خضع كل شيء لملكه، والحمد لله الذي استسلم كل شيء لقدرته؛ فقالها يطلب بها ما عنده؛ كتب الله له بها ألف حسنة، ورفع له بها ألف درجة، ووكل به سبعين ألف ملك، يستغفرون له إلى يوم القيامة». [طب، «الضعيفة» (5087)].

(Munkar) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Barang siapa yang mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang segalanya tunduk kepada-Nya kerana keagungan-Nya, segala puji bagi Allah yang segalanya hina kerana kemuliaan-Nya, segala puji bagi Allah yang segalanya patuh kepada-Nya kerana kerajaan-Nya, segala puji bagi Allah yang segalanya menyerahkan diri kerana kudrat-Nya", maka dia mengucapkannya (untuk) meminta dengannya apa yang di sisi-Nya, nescaya Allah tulis baginya seribu kebaikan dengan ucapan itu, Dia mengangkat baginya seribu darjat dengannya dan Dia menugaskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya yang memohon keampunan untuknya sehingga hari kiamat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5087].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs